Masa nak tulis tajuk kat atas tu teringat pulak kat tajuk buku yang saya hadiahkan kepada seorang kawan, iaitu Adam Syamil Ibrahim..huhu, hadiah yang lahir daripada rasa bersalah kerana telah memegang buku yang dipinjamkannya dengan tempoh ynag sangat lama..Semoga dia beroleh manfaat darinya..InsyaAllah :)
AGAR GELISAH MENJADI IBADAH,
Sejak akhir2 ini memang jiwa saya agak tidak tenteram kerana memikirkan pasal study. Rasa gelisah. Rasa takut yang amat sangat. Kadang2 saya akan menangis sendirian, membayangkan kebarangkalian perkara itu akan berlaku. Taku apa? Takut gagal dalam semester akhir ini. Ya Allah, kuatkan aku. Sungguh2 aku lemah tika membayangkan detik itu. Astarghfirullahalazim..maafkan aku Tuhanku, aku yakin Engkau akan membantu hamba2Mu yang berusaha. Aku telah berprasangka buruk terhadapmu..ampunkan aku..aku khilaf..
Yang paling ditakuti adalah subjek EVIDENCE..entah kenapa, aku merasakan tahap ketakutanku untuk berhadapan dengan subjek ini telah mnejangkau ke tahap yang MAKSIMUM..maybe sebab ramai yang fail subjek ni kot..Aku jadi fobia..
Someone..pliz..bagi motivasi kat diri ini yang memang tengah down yang amat ngan subjek ni..
Tapi sebenarnye..aku ade Allah..
Yang Maha Mendengar..
Mungkin inilah caranya Allah nak uji tahap keimanan aku kepadaNYA..
Adakah aku makin dekat kepadaNYA @ makin jauh dariNYA..
Ingin sekali, aku memilih yang pertama itu..
Agar gelisah (takut) menjadi ibadah.
1) Yakin dengan rezeki Allah
2) Bersangka baik dengan Allah
3) Sentiasa berdoa, samaada dalam kesenangan @ kesusahan
4) Baca Mathurat
5) Solat Dhuha
SELAMAT BERAMAL ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment